Saturday, 31 December 2011

Inilah Kebaikan


Assalamualaikum warahmatullah, bismillahirrahmanirrahim

2012 . semoga kehadiran tahun baru ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita semua . amin . Pengalaman sepanjang 2011 kita simpan sebagai kenangan yang tidak mungkin kita dapat ulangi . Kenangan manis kita kenangkan sampai bila-bila . Kenangan pahit pula , kita anggap saja sebagai langkah yang perlu dilalui untuk kehidupan yang lebih baik dan menjadi insan yang lebih beriman . Gambar diatas ialah seorang ulama Mesir yang suatu ketika dahulu mengasaskan parti Ikhwanul Muslimun sehingga kekal sampai hari ini . seorang yang zuhud serta berpengetahuan luas . Beliau pernah berwasiat tentang cara memulakan tahun beru dengan lebih baik serta diredhai Allah s.w.t insya-Allah . Antara wasiat beliau : 

  1. Segeralah tunaikan solat di awal waktu, kerana di situ ada sumber kejayaan pertolongan dan taufiq . Perhatikanlah, Allah mensyariatkan solat di medan perang walaupun pasa saat genting dan cemas .
  2. Bacalah al-quran dan telitilah mesejnya . selalu berzikir dan carilah ilmu walau sedikit . Sesungguhnya al-quran adalah sumber asli lautan ilmu . Sumber hidayah kepada anda dan saya . bacalah al-quran kelak ia memberi syafaat . Berzikir, berzikir dan terus berzikir . Disana ada ketenteraman , kedamaian dan keselamatan .  
  3. Dorong diri untuk menguasai bahasa al-quran . Mulakan dahulu walau sepatah perkataan . Antara malapetaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya . 
  4. Usahlah bertarung idea tanpa adap . Derdebatlah sekiranya berbuahkan kebaikan . Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan, syaitan namanya. 
  5. Senyumlah selalu dan bersederhanalah dalam ketawa! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum dan Baginda ketawa kena pada tempatnya . 
  6. Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan . Tanpa serius hilanglah kesungguhan . Tanpa bergurau tawarlah kehidupan . 
  7. Kawal nada suaramu setakat yang setakat diperlukan oleh pendengar di depanmu . Janganlah menjadi bodoh bahkan menyakiti hati orang lain pula . 
  8. Usahlah mengumpat dan usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain . bercakaplah jika ada unsur kebajikan . Ayuh! Hindarilah mengumpat! katakanlah kebaikan demi kebajikan bersama . 
  9. Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia . Salam kasih sayang adalah untuk semua . salam kemesraan adalah untuk sejagat . Hulurkanlah salam perkenalan . Lihatlah pensyariatan haji . pelbagai bangsa , lapisan dan darjat datang mengunjung menjunjung obor suci . tidak mengnali tapi tak sepi . 
  10. Maksimumkan faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya memanfaatkan masa . Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "Bertindak segeralah melakukan amal" (di ulang 7 kali)

semua wasiat ini akan membawa kita kearah kebaikan dan menjadikan kita sebagai mukmin yang lebih berakhlak mulia . wallahualam :-) 

SELAMAT TAHUN BARU 

Friday, 30 December 2011

Janggut ? Penting Sangat Ke . . .



Assalamualaikum warahmatullah, bismillahirrahmanirrahim

JANGGUT . salah satu identiti Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin umat islam yang mulia yang patut kita ikuti kerana ia merupakan sunnah wajib . Sunnah Rasulullah (saw) ada yang bersifat wajib dan ada yang bersifat mustahab / mandub (sunat) . Memelihara janggut adalah sunnah wajib .

Dari Anas (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda; “Sesiapa yang tidak suka terhadap sunnahku, maka dia bukanlah golonganku.” (HR Bukhari & Muslim)

Kewajipan memelihara janggut adalah bagi mereka yang mempunyai janggut. Bagi mereka yang memang ditakdirkan tidak tumbuh janggut, mereka dikecualikan dari kewajipan ini. Janggut dibela bukanlah untuk tujuan memberi kelebihan kepada lelaki agar dia dipandang lebih kacak atau sebagainya . Tetapi untuk menunjukkan rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w dengan mengikuti sunnah baginda dan untuk membezakan antara kita umat islam dengan orang  yahudi 

Dari Abu Hurairah (ra) berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda, “Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, jangan kamu menyerupai Yahudi dan Nasrani.” (HR Ahmad)

Kesemua para Khulafa ar-Rasyidin memelihara janggut mereka . 

“Adalah Abu Bakr (ra) lebat janggutnya, Uthman (ra) jarang (tidak lebat) janggutnya tetapi panjang, dan Ali (ra) tebal janggutnya.” (HR Tirmizi) 

dan Saidina Umar pula 

Berkata Bukhari, “Ibn Umar (ra) menipiskan misai sehingga kelihatan kulitnya yang putih dan memelihara janggut dan jambangnya.” (Fathul Bari, Ibn Hajar)

kalau kita meneliti juga pandangan-pandangan dari imam 4 mazhab iaitu Hambali , Maliki , Syafie dan juga Hanafi, mereka juga mengatakan bahawa hukum mencukur janggut adalah haram .

Mazhab Hambali :

Ibn Taimiyyah (rh) menyebutkan; “Diharamkan mencukur janggut.” Beliau menambah .. “Disebabkan hadis-hadis yang sahih, diharamkan mencukur janggut dan tidak ada siapa yang pernah membenarkannya.”  

Mazhab Maliki :

Ibn ‘Abd al-Barr (rh) berkata; “Diharamkan mencukur janggut, ia tidak dilakukan melainkan lelaki yang menyerupai perempuan.” (At-Tahmid) 

Mazhab Syafie : 

Imam Syafi’i (rh) dalam kitab al-Umm menegaskan bahawa, “Mencukur janggut adalah haram hukumnya tanpa ‘illah (iaitu pengharamannya tanpa dalih-dalih lagi).” 

Mazhab Hanafi : 

Menurut mazhab Hanafi bahawa “Dilarang (diharamkan) bagi lelaki mencukur janggutnya… iaitu memotong janggut kurang dari segenggam. Mencukur janggut sepenuhnya telah dilakukan oleh Yahudi dan Majusi.” (Durr al-Mukhtar) 

mungkin dari hadis - hadis serta pandangan - pandangan diatas dapat membuatkan kita faham mengapa perlu janggut kita dipelihara . janganlah kerana malu janggut dicukur kerana perbuatan itu lagi memalukan sebagai umat islam . islam itu mudah dan memudahkan .  Bagi mereka yang mempunyai sebab-sebab tertentu seperti berkaitan rawatan perubatan yang memerlukan janggut perlu dicukur, maka syariah membenarkannya . wallahusubahanallahualam :-) 



Thursday, 29 December 2011

Solat Jumaat


Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, 
sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan 
sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?”

huraian hadis : Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim.
Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan.
Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain . Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk” (Hadis riwayat Abu Daud)”




Wednesday, 28 December 2011

C I N T A


Assalamualaikum warahmatullah, bismillahirrahmanirrahim

Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku. Lalu Rasulullah s.a.w berkata:” Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri. Umar pun berkata:” Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku. Baginda berkata kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!”

Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling berhak dicintai daripada sekelian makhluk di dunia ini . Mencintai baginda tidak mencukupi hanya dengan menyatakan dengan lisan tetapi mestilah dibuktikan dengan perbuatan dan amal seperti mempraktikkan sunnahnya dan melaksanakan segala ajarannya . Orang yang sentiasa menjaga akhlaknya dan mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w di hari akhirat kelak akan mendapat ganjaran syafaat daripada baginda.

jom kita bermadah :

bismillahirrahmanirrahim

you say that you love Muhammad sallallahu alaihi wassalam,

yet you dont really search what he says . you dont even listen to what he says . you dont even bother to know what he likes

what he hates . what he used to do or seldom do . how he does the salah . how he fasts . how he prays . how he makes du’a . how he lived .

you say that you’ve learned the sirah nabi . and yet you dont take lessons from them

you dont really know him ,

and when people come to you with evidences that which he, himself, says, from the hadiths, you deny and choose your logic, your aqal, your desires

how can you claim to love Rasulullah, sallallahu alaihi wassalam, but you dont know him?

and dont love the things that he loves . dont despise the things that he despises

for Allah has stated, that whomsoever loves Allah, follow the Prophet, sallallahu alaihi wassalam

for he who loves the Sunnah, truly loves Allah

and those who despises the Sunnah, and chooses acts of worships which has no basis or evidences from the Quran nor the Sunnah, dont really love Allah, no matter how much he/she says it . actions speaks louder than words .

its not just what you say, its what you do, and its what you intend that particular action is whats important.

Tuesday, 27 December 2011

Nilaian Allah Adalah Yang Terbaik


Assalamualaikum warahmatullah, bismillahirrahmanirrahim.

Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a katanya : ”Seorang lelaki memuji orang lain berhampiran Nabi s.a.w, lalu Nabi s.a.w berkata kepadanya : ”Celaka kamu. Bererti kamu memenggal leher saudara kamu. (Kata-kata itu diucapkan baginda berulang kali) “Apabila seorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata : ”Cukuplah bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilainya selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu.” 

Huraian Hadis : Memang menjadi tanggapan ramai bahawa setiap amalan yang baik akan mendapat pujian dan ganjaran yang besar. Islam tidak menafikan akan hakikat ini tetapi Islam tidak membenarkan umatnya terlalu memandang tinggi akan kebaikan seseorang apatah lagi dengan memuji secara berlebih-lebihan.

Di samping itu Islam juga melarang kita daripada memandang remeh akan amalan yang kecil (kurang publisiti) yang dilakukan oleh seseorang kerana berkemungkinan dengan amalan yang dianggap kecil itu sebenarnya mempunyai pahala dan kedudukan yang lebih tinggi dan mulia di sisi Allah S.W.T. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda yang bermaksud :

“Janganlah kamu memperkecil-kecilkan kebaikan walaupun sedikit. Sekalipun engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri” (Muslim).

Dalam setiap perbuatan manusia, niat sebenarnya memainkan peranan yang paling utama dan Allah S.W.T sahaja yang tahu akan niat seseorang. Namun begitu, sebagai orang yang beriman kita seharusnya membetulkan niat sebelum melakukan sesuatu. Utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia kerana tidak semestinya kedudukan yang baik dan cemerlang di mata manusia itu bermakna bahawa kita juga adalah baik dan cemerlang di sisi Allah S.W.T. wallahusubahanallhualam . 

Monday, 26 December 2011

Sabar Mencerminkan Keimanan



Assalamualaikum warahmatullah, bismillahirrahmanirrahim.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: ”Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud,” Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga.” (Riwayat Bukhari)

Huraian Hadis : Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup. Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata seperti mana firman Allah di dalam Al-quran :

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Al-Baqarah :156)

Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah. waallahualam

Sunday, 25 December 2011

Penghapusan Titik Hitam

Assalamualaikum warahmatullah, bismillahirrahmanirrahim.

Ubat Penyakit Dosa 

dari satu kisah antara 'doktor muda' dan saidina Ali bin Abi Talib . Saidina Ali bin Abi Talib 
telah bertanya kepada doktor muda tersebut adakah beliau tahu akan ubat kepada penyakit dosa . doktor muda tersebut mengatakan beliau tahu akan ubat kepada penyakit dosa . kemudian dia menerangkan kepada Ali bagaimana untuk mengubati penyakit dosa . 

doktor muda tersebut menerangkan kepada Ali 

"untuk mengubat dosa, seseorang hendaklah tinggal di kebun iman, kemudian ambillah akar-akar niat dan bijiran penyesalan(taubat) di dalam kebun itu . Ambillah pula daun-daun memperbaiki diri dan azam . taburlah biji wara',buah fikah(ibadah), dahan-dahan yakin, saripatinya ikhlas dan kulitnya ijtihad. Ambil pula akar-akar tawakkal. sempurnakan dengan iktibar, minunmannya air taubat dan ubat tawadduk. ubat ubat itu hendaklah diambil dari hati yang ikhlas, waspada dan faham. peganglah taufik, kemudian ditempatkan di bekas tahkik dan hendaklah dibasuh dengan air mata . lepas itu letakkan ia dalam periuk raja'(harapan),kemudian nyalakan api rindu(kepada Allah s.w.t) dibawahnya sehingga timbullah buih-buih hikmat yang banyak. setelah masak tuanglah ia di dalam dulang redha dan kipaslah dengan kipas istighfar . dengan demikian engkau akan mendapat minuman yang sangat jernih, asli dan sedap. Akhirnya, minumlah air itu di tempat yang sunyi yang tak seorang pun melihat kecuali Allah s.w.t. dengan cara itu seseorang boleh mengubat dosanya sehingga sembuh dan dosanya habis terkikis" 


indah bukan kata-kata nya ? YA . makna yang mendalam dan juga harus kita teliti maksudnya yang indah . boleh memupuk rasa cinta kita terhadap Allah s.w.t insya-Allah .
fikir-fikirkan lah :-) 

(petikan dari buku kisah Wali Wali Allah siri 1)  

Silaturrahim : Pemangkin Perpaduan Ummah


Assalamualaikum warahmatullah, bismillahirrahmanirrahim. 

SILATURRAHIM . sesuatu perkara yang dititikberatkan oleh Allah s.w.t serta Rasulullah s.a.w kepada kita yang beragama islam . tidak mengira kaum atau agama, mengeratkan silaturrahim dapat mengelakkan kita dari api permusuhan dan menimbulkan perpaduan antara manusia sejagat . ada juga yang memandang remeh kepada perkara ini . tidak septutnya begitu . mengeratkan silaturrahim antara umat islam boleh membuahkan banyak ganjarannya . tetapi bukanlah ganjaran yang kita kejar, tetapi keredhaan Allah s.w.t semata-mata . antara kita sebagai orang islam adalah bersaudara . Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik untuk kita contohi . bagaimana baginda mempersaudarakan antara kaum muhajirin dan ansar . sesuai dengan hadis dibawah dimana

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "tidak masuk syurga sesiapa yang memutuskan silaturrahim" (H.R al-Bukhari)

amat jelas hadis diaatas menunjukkan bahawa Rasulullah melarang orang islam dari memutuskan silturrahim sesama kita . 

Rasulullah s.a.w bersabda lagi maksudnya: "Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari”

pergaduhan yang terjadi sesama kita, disebabkan hal yang mungkin penting dan tidak penting melibatkan dunia ini adalah salah satu sebab yang menyebabkan terputusnya silaturrahim . 

Juga sabda Rasulullah s.a.w lagi :
مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Bermaksud : “Barangsiapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), maka hendaklah ia menyambung (tali) silaturahim."

alangkah baiknya sekiranya umat ketika ini memandang berat kepada perkara sebegini . sentiasa bertegur sapa dan bertanya khabar antara satu sama lain . tidak perlu menunggu hari raya baru hendak meminta maaf . jangan fikir amalan meminta maaf serta memaafkan adalah satu gaya 'skema' yang sudah ketinggalan zaman . kalau anda berfikir begitu , ANDA SILAP .

di dalam Al-quran Allah s.w.t berfirman dalam surah An-Nisa ayat 1

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu "

perbuatan merapatkan silaturrahim bukan sahaja mengundang rasa gembira dari Allah dan Rasulluah bahkan dari malaikat yang gembira kerana malaikat senang dengan silaturrahim .  anggaplah merapatkan silaturrahim ini sepertimana kita merapatkan saf ketika solat bejemaah . ianya sangat mudah jika kita menjadi seorang yang pemaaf dan mengikhlaskan dalam melakukan sesuatu perkara . sebagai generasi yang berilmu kita harus mengambil langkah yang bijak bagi mengelak dari terputusnya hubungan silaturrahim . jangan bergaduh disebabkan hal yang kecil . segala masalah kita bincangkan bersama demi mencapai penyelesaian . dengan itu keharmonian dan perpaduan boleh dipupuk serta dapat mengeratkan lagi silaturrahim insya-Allah .

satakat itu sahaja artikel kali ini . segala yang buruk datangnya dari saya, yang baik datangnya dari Allah s.w.t :D ambil yang positif buangkan yang negatif . semoga bermanfaat untuk semua. Waallahualam .   


 

Saturday, 24 December 2011

Sampaikanlah . .

Assalamualaikum warahmatullah , 

PERMULAAN . suatu ketika terdetik dihati dan terfikir sejenak, apabila timbul keinginan untuk menyampaikan sesuatu yang bernilai, sesuatu yang perlu dipelajari, sesuatu yang harus dihargai, sesuatu yang harus dicintai, sesuatu yang harus dimuliakan dan sesuatu yang harus disampaikan .

 sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam
yang bermaksud ; ''Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat''

sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallamlagi yang bermaksud ; 
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari)

merujuk hadis di atas menuntut ilmu hukumnya adalah wajib . begitu juga dengan menyampaikannya . mempelajari sesuatu yang bermanfaat dan berguna kepada diri dan juga orang lain serta dapat memberi kejayaan kepada kita di dunia dan di akhirat . Al-quran adalah permulaan segala ilmu dan selanjutnya adalah ilmu hadis . kadangkala perasaaan malu mempengaruhi diri dari untuk menyampaikan sesuatu yang sudah kita pelajari tetapi menjadi suatu persoalan kepada orang lain . jangan jadikan perasaan malu serta takut dalam berkata-kata untuk menyampaikan ilmu . mungkin kerana kita yang malu untuk menyampaikan ilmiah , terjadi sesuatu yang menyebabkan berdosa atau jahil nya seseorang . 

Firman Allah maksudnya:
  “Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”. (Al-Faatir:28)

dan jelas orang yang takut kepada Allah adalah orang yang beriman 

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 71)

bercakap diatas tahap kemampuan ilmu kita . sampaikannya agar kita tergolong menjadi umat yang cerdas, jauh dari kejahilan dan kebodohan . 

segala yang buruk datangnya dari saya, yang baik datangnya dari Allah s.w.t :D ambil yang positif buangkan yang negatif . semoga bermanfaat untuk semua.  Waallahualam .