Saturday, 31 December 2011

Inilah Kebaikan


Assalamualaikum warahmatullah, bismillahirrahmanirrahim

2012 . semoga kehadiran tahun baru ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita semua . amin . Pengalaman sepanjang 2011 kita simpan sebagai kenangan yang tidak mungkin kita dapat ulangi . Kenangan manis kita kenangkan sampai bila-bila . Kenangan pahit pula , kita anggap saja sebagai langkah yang perlu dilalui untuk kehidupan yang lebih baik dan menjadi insan yang lebih beriman . Gambar diatas ialah seorang ulama Mesir yang suatu ketika dahulu mengasaskan parti Ikhwanul Muslimun sehingga kekal sampai hari ini . seorang yang zuhud serta berpengetahuan luas . Beliau pernah berwasiat tentang cara memulakan tahun beru dengan lebih baik serta diredhai Allah s.w.t insya-Allah . Antara wasiat beliau : 

  1. Segeralah tunaikan solat di awal waktu, kerana di situ ada sumber kejayaan pertolongan dan taufiq . Perhatikanlah, Allah mensyariatkan solat di medan perang walaupun pasa saat genting dan cemas .
  2. Bacalah al-quran dan telitilah mesejnya . selalu berzikir dan carilah ilmu walau sedikit . Sesungguhnya al-quran adalah sumber asli lautan ilmu . Sumber hidayah kepada anda dan saya . bacalah al-quran kelak ia memberi syafaat . Berzikir, berzikir dan terus berzikir . Disana ada ketenteraman , kedamaian dan keselamatan .  
  3. Dorong diri untuk menguasai bahasa al-quran . Mulakan dahulu walau sepatah perkataan . Antara malapetaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya . 
  4. Usahlah bertarung idea tanpa adap . Derdebatlah sekiranya berbuahkan kebaikan . Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan, syaitan namanya. 
  5. Senyumlah selalu dan bersederhanalah dalam ketawa! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum dan Baginda ketawa kena pada tempatnya . 
  6. Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan . Tanpa serius hilanglah kesungguhan . Tanpa bergurau tawarlah kehidupan . 
  7. Kawal nada suaramu setakat yang setakat diperlukan oleh pendengar di depanmu . Janganlah menjadi bodoh bahkan menyakiti hati orang lain pula . 
  8. Usahlah mengumpat dan usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain . bercakaplah jika ada unsur kebajikan . Ayuh! Hindarilah mengumpat! katakanlah kebaikan demi kebajikan bersama . 
  9. Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia . Salam kasih sayang adalah untuk semua . salam kemesraan adalah untuk sejagat . Hulurkanlah salam perkenalan . Lihatlah pensyariatan haji . pelbagai bangsa , lapisan dan darjat datang mengunjung menjunjung obor suci . tidak mengnali tapi tak sepi . 
  10. Maksimumkan faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya memanfaatkan masa . Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "Bertindak segeralah melakukan amal" (di ulang 7 kali)

semua wasiat ini akan membawa kita kearah kebaikan dan menjadikan kita sebagai mukmin yang lebih berakhlak mulia . wallahualam :-) 

SELAMAT TAHUN BARU 

No comments:

Post a Comment