Assalamualaikum warahmatullah, bismillahirrahmanirrahim
JANGGUT . salah satu identiti Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin umat islam yang mulia yang patut kita ikuti kerana ia merupakan sunnah wajib . Sunnah Rasulullah (saw) ada yang bersifat wajib dan ada yang bersifat mustahab / mandub (sunat) . Memelihara janggut adalah sunnah wajib .
Dari Anas (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda; “Sesiapa yang tidak suka terhadap sunnahku, maka dia bukanlah golonganku.” (HR Bukhari & Muslim)
Kewajipan memelihara janggut adalah bagi mereka yang mempunyai janggut. Bagi mereka yang memang ditakdirkan tidak tumbuh janggut, mereka dikecualikan dari kewajipan ini. Janggut dibela bukanlah untuk tujuan memberi kelebihan kepada lelaki agar dia dipandang lebih kacak atau sebagainya . Tetapi untuk menunjukkan rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w dengan mengikuti sunnah baginda dan untuk membezakan antara kita umat islam dengan orang yahudi
Dari Abu Hurairah (ra) berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda, “Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, jangan kamu menyerupai Yahudi dan Nasrani.” (HR Ahmad)
Kesemua para Khulafa ar-Rasyidin memelihara janggut mereka .
“Adalah Abu Bakr (ra) lebat janggutnya, Uthman (ra) jarang (tidak lebat) janggutnya tetapi panjang, dan Ali (ra) tebal janggutnya.” (HR Tirmizi)
dan Saidina Umar pula
Berkata Bukhari, “Ibn Umar (ra) menipiskan misai sehingga kelihatan kulitnya yang putih dan memelihara janggut dan jambangnya.” (Fathul Bari, Ibn Hajar)
kalau kita meneliti juga pandangan-pandangan dari imam 4 mazhab iaitu Hambali , Maliki , Syafie dan juga Hanafi, mereka juga mengatakan bahawa hukum mencukur janggut adalah haram .
Mazhab Hambali :
Ibn Taimiyyah (rh) menyebutkan; “Diharamkan mencukur janggut.” Beliau menambah .. “Disebabkan hadis-hadis yang sahih, diharamkan mencukur janggut dan tidak ada siapa yang pernah membenarkannya.”
Mazhab Maliki :
Ibn ‘Abd al-Barr (rh) berkata; “Diharamkan mencukur janggut, ia tidak dilakukan melainkan lelaki yang menyerupai perempuan.” (At-Tahmid)
Mazhab Syafie :
Imam Syafi’i (rh) dalam kitab al-Umm menegaskan bahawa, “Mencukur janggut adalah haram hukumnya tanpa ‘illah (iaitu pengharamannya tanpa dalih-dalih lagi).”
Mazhab Hanafi :
Menurut mazhab Hanafi bahawa “Dilarang (diharamkan) bagi lelaki mencukur janggutnya… iaitu memotong janggut kurang dari segenggam. Mencukur janggut sepenuhnya telah dilakukan oleh Yahudi dan Majusi.” (Durr al-Mukhtar)
mungkin dari hadis - hadis serta pandangan - pandangan diatas dapat membuatkan kita faham mengapa perlu janggut kita dipelihara . janganlah kerana malu janggut dicukur kerana perbuatan itu lagi memalukan sebagai umat islam . islam itu mudah dan memudahkan . Bagi mereka yang mempunyai sebab-sebab tertentu seperti berkaitan rawatan perubatan yang memerlukan janggut perlu dicukur, maka syariah membenarkannya . wallahusubahanallahualam :-)
No comments:
Post a Comment